HOME / PDPA EN

OSC Orthopaedic Specialist Centre (OSC) menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta PDP”) Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu anda tentang sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web kami atau e-mel.

A) Jenis dan Sumber Data Peribadi

Data peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda yang dikumpul atau dibekalkan kepada OSC bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen B di bawah. Data peribadi anda boleh termasuk nama anda, nombor NRIC atau paspot, tarikh lahir, umur, jantina, status perkahwinan, bangsa, agama, kerakyatan, pekerjaan, butir-butir perhubungan, maklumat keluarga / keluarga terdekat, butir-butir kewangan dan akaun bank, sejarah dan maklumat perubatan, maklumat dalam format audio/video (termasuk rakaman suara, kamera litar tertutup (CCTV) atau rakaman keselamatan), imej (termasuk gambar), maklumat biometric, penjejakan lokasi/ maklumat GPS dan data peribadi lain yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam seksyen B dibawah

Data peribadi anda dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.

B) Tujuan Data Peribadi

Data peribadi anda diproses bagi tujuan-tujuan seperti berikut, mana-mana yang berkenaan :-

  1. Untuk perkhidmatan perubatan dan jagaan kesihatan
  2. Untuk membantu keperluan peribadi pesakit (cth: melanjutkan tempoh tinggal untuk pelancongan kesihatan)
  3. Untuk mewujudkan dan menguruskan rekod-rekod perubatan dan laporan-laporan perubatan
  4. Untuk membantu proses pembayaran berkaitan dengan pesakit-pesakit
  5. Untuk menjalankan prosiding terhadap penghutang bagi mendapatkan semula hutang
  6. Untuk melaporkan data peribadi kepada pihak berkuasa dan / atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihatan
  7. Untuk berkongsi data peribadi dengan pihak pengurusan OSC dan syarikat-syarikat berkaitan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam akta Syarikat 1965
  8. Untuk menjalankan penyelidikan , analisis dan penambahbaikkan
  9. Untuk mentadbir dan memberikan maklumbalas mengenai permintaan, pertanyaan, aduan dan isu undang-undang
  10. Untuk tujuan pendidikan dan Latihan
  11. Untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan
  12. Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau berlanjutan daripada tujuan yang dinyatakan diatas

C) Penzahiran Data Peribadi

Data peribadi anda dizahirkan kepada pihak-pihak berikut mana mana yang berkenaan :-

  1. Profesional jagaan kesihatan (sebagaimana yang ditakrifkan didalam PDPA)
  2. OSC dan syarikat-syarikat berkaitan (sebagaimana yang ditakrifkan didalam Akta Syarikat 1965)
  3. Agensi-Agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan agensi-agensi bukan kerajaan
  4. Agen-agen pembayaan dan insuran
  5. Pihak-pihak dan agensi-agensi pemungut hutang
  6. Institut Perbankan
  7. Firma-firma guaman
  8. Auditor
  9. Hospital-hosital swasta dan kerajaan, dan juga penyelia-penyelia jagaan kesihatan
  10. Penyedia-penyedia latihan
  11. Ahli keluarga yang terdekat
  12. Kepada pihak-pihak lain yang dibenarkan dibawah undang-undang Malaysia
  13. kepada pihak-pihak lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang yang memerlukan penzahiran
  14. Kepada mana-mana pihak yang mana OSC fikirkan bersesuaian perlu

D) Ekses dan Kemaskini Data Peribadi

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda data peribadi anda yang kami pegang. OSC akan melakukan sedaya usaha untuk memastikan data peribadi anda adalah tepat dan terkini. Justeru anda harus memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam data peribadi anda.Jika anda ingin mengakses atau meminda maklumat peribadi atau untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Pendaftaran di hospital.

E) Pautan ke laman-laman web yang lain

Kandungan dalam laman web OSC mungkin termasuk pautan kepada laman web pihak ketiga. OSC tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman web pihak ketiga yang dipautkan dan pengguna patut memerhatikan dasar privasi yang berasingan berkenaan dengan laman web pihak ketiga masing-masing.

F) Cookies

OSC mungkin menggunakan cookies dan peralatan yang sama di seluruh laman web kami untuk meningkatkan prestasi laman web kami dan meningkatkan pengalaman pengguna. Cookies merupakan fail teks kecil yang laman web boleh meletakkan pada komputer anda atau peranti mudah alih anda apabila anda melawat sesuatu laman web untuk pertama kali. Cookies akan membantu laman web, atau laman web lain, mengenal pasti peranti anda apabila anda melawat laman web tersebut pada lain kali. Cookies boleh berfungsi untuk mengingati nama pengguna dan kehendak anda atau untuk menganalisis prestasi laman web OSC.

Cookies tertentu mengandungi data peribadi – sebagai contoh, jika anda klik untuk “ingat saya” apabila log masuk, sesuatu cookie akan menyimpan nama pengguna anda. Kebanyakan cookies tidak akan mengumpul maklumat yang mengenal pasti anda, dan sebaliknya akan mengumpul maklumat umum yang lebih seperti bagaimana pengguna tiba di dan menggunakan laman web kami, atau lokasi umum pengguna. Di mana data peribadi dikumpul, data peribadi tersebut hanya akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan sahaja, iaitu untuk bertindak balas terhadap mesej anda atau memberikan perkhidmatan yang diminta